Alhamdulillah....
Allah tak pernah biarkan aku kesorangan..
Dikala aku jatuh Allah hantar kan seorang sahabat untuk menarik aku kembali bangkit..tatkala terlalu terharu air aku mengalir..walaupun nun di jauh sana dia merantau untuk menuntut ilmu,aku tak dilupakan..Percakapan yang amat aku rindui.menegur apabila aku melakukan kekhilafan..dari zaman maktab sehingga kini...seorang yang memastikan aku lakukan yang terbaik semasa peperiksaan spm tidak lama dahulu..Dialah insan yang menjadi ikon di dalam hati aku
FAMB
Dikala aku jatuh,emosional tak tentu pasal datang seorang lagi sahabat..karenah yang mencuit hati membuatkan aku sering tertawa and digelar "mudah terhibur" setia mendengar luahan aku.terima kasih ..persahabatan yang terjalin hampir 4 tahun..belum membuat aku mengenali dia dengan lebih mendalam tapi aku akan cuba memahami dia..sentiasa bantu aku di kala dalam kesusahan..terima kasih kerana terus menemani aku sehingga kini dari di alam di hutan getah dan ladang kelapa sawit sehingga ke belantara konkrit ini..Dialah menceriakan hari hari aku
NNMY
Masalah hati dan perasaan..muncul pula sahabat nun kini berapa di pulau,seberang tempat asal aku..percakapan yang agak kelolah,mencuit hati..sentiasa menarik aku ketika aku alpa dengan perasaan yang tidak menentu..7 tahun lalu,tangan dihulur tanda salam perkenalan di tengah padang sekolah..meniup semangat disaat aku dipulaukan..nasihat ibarat seorang kakak,memahami sebagai seorang adik.tabah membantu aku mengenali dunia kimia..Dialah penyeri hidup aku
NS
Pengurusan masa kita dan sahabat sahabat tidak sama.masing masing sibuk dengan aturan masa masing masing...bumi aku siang,bumi dia malam...Tetapi pengaturan ALLAH sungguh indah..disaat aku memerlukan,dia menghantar salah seorang untuk mengembalikan semangat aku yang dibawa pergi oleh angin kemurungan... Dia sentiasa memelihara aku,tetapi,kelapaan yang nyata aku berikan sebagai balasan..Ampunkan hambaMu yang lalai ini..terima kasih Allah
Yang ikhlas
SNAAW