KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Wednesday, 1 June 2016

Jahitan

Assalamualaikum dah salam sejahtera....

Bukanlah aku nak ajar cara- cara menjahit ataupun jenis jenis jahitan tapi kan, perasankah kita sebenarnya, melalui jahitan kita dapat belajar banyak benda...

Jahitan ni banyak jenis antaranya INSANG PARI, SEMBAT SUSUP, SILANG PANGKAH,ECT...
Tapi tujuan utama jahitan hanya satu- Mencantumkan dua atau lebih kain...

Tujuan yang sama tapi pelbagai cara...
Masa nak menjahit tu kan..kita mesti buat perbuatan yang sama berulang ulang sampai kadang kadang terasa bosan kan..mesti lah asyik buat benda yang sama ja..dah masa nak masukkan benang dalam jarum dah amik masa..dah susah dah masa tu,tambah tambah pulak lubang jarum tu kecik, amik kau rabun pulak,alahai.dugaan sangat
satu masalah dah selesai,masa nak start jahit, panjang pulak nak kena jahit,lepas tu masa nak jahit tu bala apalah pulak,asyik tercucuk ja jari yang comel tu..uhuks..berdarah pulak,kan dah satu lagi kerja nak bersihkan luka tu...

Haish,.panjang la pulak nak kena jahit..tapi at the end, akhirnya bila dah siap jahit, mesti kita happy, ya la dah terhasillah baju untuk bakal suami*uhuks,tak de lah..ngee..kain yang terkoyak, dah boleh pakai yeay..kita pun happy.senyum sampai ke telinga..(hiperbola bola ja kerja)

Nampak tak sebenarnya jahitan jugak mengajar erti kehidupan tambahan pulak untuk kita sebagai pelajar..
Mula mula nak start belajar sesuatu subject tu punya lah susah(eg;FINANCIAL PERFORMANCE(F7))T_T...sebab aku memang minat financial..kuikuikui
 Mula mula kena paksa diri nak minat subject tu, lepas tu kena fahamkan pulak konsep yang tah apa apa tu*konsep tu tak bersalah sebenarnya T_T..
 Okay sekarang dah faham..so tunggu apa lagi, start buat latihan yang bertubi tubi sampai muntah pink..eyerk..hahaha ya la masa buat latihan tu confirm2 la salah banyak yang sampai tak sanggup aku tengok...
Tapi tu tak membataskan kita, buat lagi..lagi..lagi..lagi*echo yang berterusan hikhik..dan lagi..sampai dapat minimumkan kesalahan..

TADAAA!!!!!! yeay dapat 25/30 ha..kan dah tinggi markah tu..

Sebenarnya tu lah kejayaan yang kita nak capai..seriusly tak senang nak berjaya..dan sangatlah senang nak gagal..tapikan..tak de sesuatu pun yang mampu menghalang kita untuk mencapai kejayaan kecuali MALAS dan KEMATIAN...*tersentak kejap cakap pasal mati ni..uhuks..

Memanglah perjalanan nak stuggle ni susah, panjang, asyik terluka ja(kalau sibuk bercinta ,crush banyak..lepas tu frust..)..tapi kita kena BANGKIT..takkan la asyik nak duduk bawah ja..sampai bila bila pun tak tinggi macam tu(tak de kena mengena...kuikuikui)

Tapikan sangat lah kecewa bila kita tak paksa diri untuk memulakan sesuatu..bak kata TEME "ia kekal dongeng....Jika engkau tidak mula berjalan"
Sampai bila nak hidup dalam dunia khayalan macam cerita indon petang petang(aku tak layan okay,jeling2 sikit ja ) kalau ada production nak beli cerita tu okay la jugak...huhuhuhu

Lagipun takpa kalau taknak study,siapkan 78 pound untuk repeat next sem..bak kata classmate aku..ayat dia deep kot...

Tapikan sebenarnya kalau fail sangat sakit..sakit nak kena struggle bangkit balik..nak repeat paper lagi..cost incurred fuhh melambung..tapi apakan daya ACCA ni sebenarnya banyak mengajar dan mendidik pelajarnya erti kehidupan sebenar di mana naik turun, jatuh bangun ..ni baru belajar, belum kerja lagi..HAA kan panjang lagi masa depan nak kena fikir....

Okaylah...dah banyak membebel..tetiba idea mencurah curah ..ni jahit baju punya pasal lah...baju jugak dipersalahkan..tak patut betul...huh

Kpada sesiapa sahaja yang sudi membaca entri ni, mohon jasa baik kalian mendoakan kitorang, Pelajar ACCA yang akan menduduki peperiksaan minggu depan,dan masuk dewan exam dengan hati yang tenang.. mana nak tau rezeki dapat WORLD PRIZE WINNER...seriously, pernah la jugak terfikir sampa ke tahap tu, insyaALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN NYA...

akhir kata, jadilah anak yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapa..