KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Friday, 2 September 2016

PERWATAKAN

Assalamualaikum...

 Personliti ni sangat sangatlah melambangkan siapa kita sebenarnya. Walaupun kita nafikan , kita cakap kita fake,kita lain bila dekat rumah, lain bila dengan familiy, lain bila dengan kaan tertentu.. Tapi hakikatnya, semua orang macam tu. Perwatakan kita sangatlah berbeza bila berhadapan dengan orang yang berbeza.Takkan la kau layan family kau macam kau layan kawan kawan kan...

 Sebab personaliti jugak membuatkan seseorang tertarik dengan seseorang. Apa yang kita nampak,yang kita kenal, itu baru satu perwatakan dia..masih ada seribu satu rahsia yang belum tersingkap..Sabar, perjalanan mengenali seseorang tu masih jauh, kau kenal dia 5 tahun sekali pun, berapa tahun je sebenarnya yang kau rapat dengan dia?? Ntah ntah, baru sebulan korang rapat...(^-^)

 Sabar, jauh perjalanan, luas pandanga(aceceh ayat)

 Sebenarnyakan, boleh nampak cara kita cuba mendekati someone sebab apa,sebab commitment dia,atau sebab tiba tiba ada satu perasaan baru yang 'ter'lahir,atau sebab perwatakan dia,atau sebab raup wajah dia, atau banyak sebab sebab lain yang kita sendiri yang faham dan tahu...

 Tak dinafikan kita mudah tertarik dengan seseorang yang perwatakan dia berjaya mencuit hati kita(walaupun orang lain menyampah)..Penilaian kita terhadap seseorang berbeza dengan orang lain. Boleh kita mintak pendapat dari seseorang yang rapat dengan dia, Tapi, janganlah berduka lara kalau jawapan yang kita dapat tak sama dengan apa yang kita harapkan.

 Walaupun berpuluh tahun orang tu kenal dengan dia, belum tentu dia tonjolkan diri dan peribadi dia yang sebenar,Jangan risau, perangai, watak dan perwatakan seseorang berbeza bila berhadapan dengan orang yang berbeza..

 Kalau kita betul betul sukakan dia, guna medium yang betul.DOA!!!!
Memang agak cliche tapi tu ja hakikatnya. Kita tak tahu status sebenarnya..Walaupun kita rasa dia dah berpunya, tapi kuasa doa takde siapa yang mampu menghalangnya...

 Kalau tiba tiba ada orang baru yang muncul dalam hidup kita, baru sangat sangat(tak sampai seminggu mungkin), dan mintak kita simpan rahsia dia yang terbesar, maka percayalah bahawa kepercayaan dia terhadap kita TERAMAT SANGATLAH besar(maaf cikgu hiperbola sampai salah penggunaan bahasa....) cuma nak tegaskan bahawa, tak senang nak raih kepercayaan orang, sekali hilang, kita takkan dapat buat kali kedua walaupun dia dah maafkan kita..umpama plastik air, kau dah tebuk lubang, lepas tu kau kononnya nak tampal balik pakai salotape, air still mengalir walaupun lubang tu dah kita rasa kita dah tutup.

 So tak salah sebenarnya first impression seseorang terhadap kita ebab kita yang perkenalkan diri kita dengan perwatakan tu..so lepas ni tak payah nak salahkan first impression orang terhadap kita...

so bye..bye..bye..bye..bye.. bye..Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya AIDILADHA buat seluruh umat ISLAM di muka bumi ini(wish awal seminggu setengah)

EH..kejap kejap, ALL THE BEST ea untuk semua ACCA's students yang amik peper Sept ni....(^_^)