KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Monday, 28 November 2016

Hati Tisu

Salaam Alaykum...
Tak semua benda dalam dunia ni, kita boleh terima dengan hati yang terbuka.. Tapi at least kita cuba untuk menerima..

Actually, it's simple, if I did wrong just tell me. If something you don't like anything about me just tell me. I'll try my best not to annoy you.. Yeah nobody in this world can accept anybody 100%.

Bukan sekali dua aku kena macam ni. Dah berkali kali.. Apa boleh buat senyum ja.Aku pun manusia biasa jugak..I make a lot of mistakes...

Betul lah, kawan maktab aku cakap, "hampa buat kami macam tisu" -NAAR
Yeah aku pun gelak jugak mula2 tu tapi bila fikir balik, deep sangat maksud tu..
Dula aku tak rasa benda2 tu so aku boleh la buat main.. Tapi sekarang, benda dah kena kat batang hidung sendiri. Padan muka...

Tiba tiba nampak tweet ni... "The next time you feel down, pray and istighfar. They're both kinda like, the solution for everything."- Budak Tomato

Lembut ja teguran tu. Mungkin dah nak dekat exam ni aku makin Lagha kot...

Dah dah, dah boleh stop n buat kerja yang lebih berfaedah ...
All the best all ACCA students around the world

Friday, 2 September 2016

PERWATAKAN

Assalamualaikum...

 Personliti ni sangat sangatlah melambangkan siapa kita sebenarnya. Walaupun kita nafikan , kita cakap kita fake,kita lain bila dekat rumah, lain bila dengan familiy, lain bila dengan kaan tertentu.. Tapi hakikatnya, semua orang macam tu. Perwatakan kita sangatlah berbeza bila berhadapan dengan orang yang berbeza.Takkan la kau layan family kau macam kau layan kawan kawan kan...

 Sebab personaliti jugak membuatkan seseorang tertarik dengan seseorang. Apa yang kita nampak,yang kita kenal, itu baru satu perwatakan dia..masih ada seribu satu rahsia yang belum tersingkap..Sabar, perjalanan mengenali seseorang tu masih jauh, kau kenal dia 5 tahun sekali pun, berapa tahun je sebenarnya yang kau rapat dengan dia?? Ntah ntah, baru sebulan korang rapat...(^-^)

 Sabar, jauh perjalanan, luas pandanga(aceceh ayat)

 Sebenarnyakan, boleh nampak cara kita cuba mendekati someone sebab apa,sebab commitment dia,atau sebab tiba tiba ada satu perasaan baru yang 'ter'lahir,atau sebab perwatakan dia,atau sebab raup wajah dia, atau banyak sebab sebab lain yang kita sendiri yang faham dan tahu...

 Tak dinafikan kita mudah tertarik dengan seseorang yang perwatakan dia berjaya mencuit hati kita(walaupun orang lain menyampah)..Penilaian kita terhadap seseorang berbeza dengan orang lain. Boleh kita mintak pendapat dari seseorang yang rapat dengan dia, Tapi, janganlah berduka lara kalau jawapan yang kita dapat tak sama dengan apa yang kita harapkan.

 Walaupun berpuluh tahun orang tu kenal dengan dia, belum tentu dia tonjolkan diri dan peribadi dia yang sebenar,Jangan risau, perangai, watak dan perwatakan seseorang berbeza bila berhadapan dengan orang yang berbeza..

 Kalau kita betul betul sukakan dia, guna medium yang betul.DOA!!!!
Memang agak cliche tapi tu ja hakikatnya. Kita tak tahu status sebenarnya..Walaupun kita rasa dia dah berpunya, tapi kuasa doa takde siapa yang mampu menghalangnya...

 Kalau tiba tiba ada orang baru yang muncul dalam hidup kita, baru sangat sangat(tak sampai seminggu mungkin), dan mintak kita simpan rahsia dia yang terbesar, maka percayalah bahawa kepercayaan dia terhadap kita TERAMAT SANGATLAH besar(maaf cikgu hiperbola sampai salah penggunaan bahasa....) cuma nak tegaskan bahawa, tak senang nak raih kepercayaan orang, sekali hilang, kita takkan dapat buat kali kedua walaupun dia dah maafkan kita..umpama plastik air, kau dah tebuk lubang, lepas tu kau kononnya nak tampal balik pakai salotape, air still mengalir walaupun lubang tu dah kita rasa kita dah tutup.

 So tak salah sebenarnya first impression seseorang terhadap kita ebab kita yang perkenalkan diri kita dengan perwatakan tu..so lepas ni tak payah nak salahkan first impression orang terhadap kita...

so bye..bye..bye..bye..bye.. bye..Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya AIDILADHA buat seluruh umat ISLAM di muka bumi ini(wish awal seminggu setengah)

EH..kejap kejap, ALL THE BEST ea untuk semua ACCA's students yang amik peper Sept ni....(^_^)

Thursday, 28 July 2016

k0s0ng 1.0

Assalamualaikum.....

Harini,lagi sekali tak tahu kenapa dengan perasaan ni.Rasa macam rindu someone tapi tak dak sapa la pulak yang nak dirindunya.Anis cakap,maybe sebab aku sunyi

Hahahahahahahahahahahahahaha

Tak kot..Aku ada ramai kawan kat sini,kat twitter,kat wassap ha kat facebook lagi la ramai
mungkin sebab aku asyik teringatkan dia..someone "UNKNOWN"

Sekarang ni,kalau aku rindu or teringatkan dia, aku tulis dalan notes lepas tu suruh burung pipit hantarkan
Macam orang tak betulkan,tapi mungkin ni je kot cara nak sampai ke dia

Lagi satu masalah aku,menangis bila aku sorang2..Dah la roommate balik..

Jujurlah sebenarnya aku sangat sangat mengharapkan dia..tapi bak kata pepatah,enggang sama enggan,pipit sama pipit*eh kebetulan pulak pipit*
Macam mengharapkan buah jering gugur sendiri.*amik kau,jering aku bagi*..sampai ke sudah tak gugur..
Mungkin bila aku bercakap pasal dia,bila orang dengar tu umpama gurauan tapi dalam hati..haish susah nak tafsirkan..

Bila teringat kat dia, aku selalu call mak..bila bergurau dengan mak,hilang la sakit ni..tapi kadang2 terkeluar jugak pasal dia..selalu mintak mak doakan*Doa mak kan mustajab*

Diri kita,hanya kita yang faham,tapi kadang kadang kita pun tak faham dengan diri kita sendiri
So tak boleh expect orang untuk faham kita...
Okay lah dah boleh sambung baca F8
~lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalal~

~Kepada awak ,jaga diri elok2,kerja betul2 nanti kalau ditakdirkan jodoh awak dengan orang lain,doakan saya terima dengan hati yang ikhlas~

P/s kalau charge call dari sana ke sini lagi murah dari sini ke sini,boleh je call guna whatsApp, asal ade tenet free ja...

Selamat malam semua dan selamat petang awak

Tuesday, 26 July 2016

Happy Birthday to Me

Assalamualaikum....
Hari ni genaplah umur aku 20tahun...weh weh weh...dah hilang angka 1 dekat depan so anak mak dengan ayah dah tak muda lagi dah
Tapi masih berjiwa muda,kuikuikui
Terima kasih mak sebab melahirkan si bulat ni..Terima kasih ayah sebab tak penat layan karenah budak manja tahap dewa ni..(*walaupun dulu ayah garang,aku tetap berjaya lembutkan hati ayah.kuikuikui...jangan jeles kakak,bang ngah,dekaa...piee tak wujud lagi...)
Terima kasih sebab membesarkan dengan penuh kasih sayang,cukup segala keperluan..

Bak kata anis,aku dah dapat antara hadiah yang paling besar dalam hidup aku..iaitu Pass F6 dan F7(Alhamdulillah)


Terima kasih buat semua yang wish dari semalam sampai lah sekarang..Tapi aku sangat sangat berterima kasih dekat pakcik FACEBOOK sebab beliau dah tolong ingatkan dekat semua orang yang harini birthday aku...
Tapi,aku teramat sangat terharu (*salah penggunaan bahasa,mintak maaf cg haji rosli bin ali,cg sekolah rendah)bila ada yang betul betul ingat tarikh ni..


Guess what???aku dapat wish dari TEME ABDULLAH..kau rasa??wehh happy sangat2,excited sangat2 walaupun aku yang mintak dia wishkan..dah la dia tengah nak grad*(TAHNIAH TEME DAN AHMAD)
Semangat terus berkobar kobar belajar F9
Dapat wish dari Madam Lini jugak(^_^)
bila dah 'dewasa'ni perangai pun dah kena ubah*yeke.??
Tengoklah macam mana(-,-)


Dan kepada NABILAH..terima kasih kasi si kecik tu..comel n sweet...walaupun kertas,tetap sweet...

Maigaaaddd nabilah buat sweet sekali lagi..dia belanja Resepi Rahsia..dah la teman jalan2,lepastu belanja pulak...terharu...Tenkiu so munchie much...

Kepada hosmet2 ku sekalian.mohonlah makan cheesecake yang tak seberapa dalam peti ais tu...

~Tenkiu adik Twitter ~



~Tenkiu pakcik FACEBOOK ~
~Tenkiu TEME ABDULLAH~
~Tenkiu Nabilah Cantik~
~Tenkiu lagi sekali nabulat...eh Nabilala..~
~Eat me,eat me...makanlah saya wahai hosmet2 sekalian..~

Wednesday, 1 June 2016

Jahitan

Assalamualaikum dah salam sejahtera....

Bukanlah aku nak ajar cara- cara menjahit ataupun jenis jenis jahitan tapi kan, perasankah kita sebenarnya, melalui jahitan kita dapat belajar banyak benda...

Jahitan ni banyak jenis antaranya INSANG PARI, SEMBAT SUSUP, SILANG PANGKAH,ECT...
Tapi tujuan utama jahitan hanya satu- Mencantumkan dua atau lebih kain...

Tujuan yang sama tapi pelbagai cara...
Masa nak menjahit tu kan..kita mesti buat perbuatan yang sama berulang ulang sampai kadang kadang terasa bosan kan..mesti lah asyik buat benda yang sama ja..dah masa nak masukkan benang dalam jarum dah amik masa..dah susah dah masa tu,tambah tambah pulak lubang jarum tu kecik, amik kau rabun pulak,alahai.dugaan sangat
satu masalah dah selesai,masa nak start jahit, panjang pulak nak kena jahit,lepas tu masa nak jahit tu bala apalah pulak,asyik tercucuk ja jari yang comel tu..uhuks..berdarah pulak,kan dah satu lagi kerja nak bersihkan luka tu...

Haish,.panjang la pulak nak kena jahit..tapi at the end, akhirnya bila dah siap jahit, mesti kita happy, ya la dah terhasillah baju untuk bakal suami*uhuks,tak de lah..ngee..kain yang terkoyak, dah boleh pakai yeay..kita pun happy.senyum sampai ke telinga..(hiperbola bola ja kerja)

Nampak tak sebenarnya jahitan jugak mengajar erti kehidupan tambahan pulak untuk kita sebagai pelajar..
Mula mula nak start belajar sesuatu subject tu punya lah susah(eg;FINANCIAL PERFORMANCE(F7))T_T...sebab aku memang minat financial..kuikuikui
 Mula mula kena paksa diri nak minat subject tu, lepas tu kena fahamkan pulak konsep yang tah apa apa tu*konsep tu tak bersalah sebenarnya T_T..
 Okay sekarang dah faham..so tunggu apa lagi, start buat latihan yang bertubi tubi sampai muntah pink..eyerk..hahaha ya la masa buat latihan tu confirm2 la salah banyak yang sampai tak sanggup aku tengok...
Tapi tu tak membataskan kita, buat lagi..lagi..lagi..lagi*echo yang berterusan hikhik..dan lagi..sampai dapat minimumkan kesalahan..

TADAAA!!!!!! yeay dapat 25/30 ha..kan dah tinggi markah tu..

Sebenarnya tu lah kejayaan yang kita nak capai..seriusly tak senang nak berjaya..dan sangatlah senang nak gagal..tapikan..tak de sesuatu pun yang mampu menghalang kita untuk mencapai kejayaan kecuali MALAS dan KEMATIAN...*tersentak kejap cakap pasal mati ni..uhuks..

Memanglah perjalanan nak stuggle ni susah, panjang, asyik terluka ja(kalau sibuk bercinta ,crush banyak..lepas tu frust..)..tapi kita kena BANGKIT..takkan la asyik nak duduk bawah ja..sampai bila bila pun tak tinggi macam tu(tak de kena mengena...kuikuikui)

Tapikan sangat lah kecewa bila kita tak paksa diri untuk memulakan sesuatu..bak kata TEME "ia kekal dongeng....Jika engkau tidak mula berjalan"
Sampai bila nak hidup dalam dunia khayalan macam cerita indon petang petang(aku tak layan okay,jeling2 sikit ja ) kalau ada production nak beli cerita tu okay la jugak...huhuhuhu

Lagipun takpa kalau taknak study,siapkan 78 pound untuk repeat next sem..bak kata classmate aku..ayat dia deep kot...

Tapikan sebenarnya kalau fail sangat sakit..sakit nak kena struggle bangkit balik..nak repeat paper lagi..cost incurred fuhh melambung..tapi apakan daya ACCA ni sebenarnya banyak mengajar dan mendidik pelajarnya erti kehidupan sebenar di mana naik turun, jatuh bangun ..ni baru belajar, belum kerja lagi..HAA kan panjang lagi masa depan nak kena fikir....

Okaylah...dah banyak membebel..tetiba idea mencurah curah ..ni jahit baju punya pasal lah...baju jugak dipersalahkan..tak patut betul...huh

Kpada sesiapa sahaja yang sudi membaca entri ni, mohon jasa baik kalian mendoakan kitorang, Pelajar ACCA yang akan menduduki peperiksaan minggu depan,dan masuk dewan exam dengan hati yang tenang.. mana nak tau rezeki dapat WORLD PRIZE WINNER...seriously, pernah la jugak terfikir sampa ke tahap tu, insyaALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN NYA...

akhir kata, jadilah anak yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapa..



Monday, 9 May 2016

Pelukis Jalanan by Teme Abdullah

Assalamualaikum...

Terdetik hati untuk menulis malam ni.. Bersyukur kepada  ALLAH sebab pertemukan aku dengan hasil penulisan seorang hambaNya..
Pertama kali aku mengenali Teme Abdullah adalah melalui blog beliau TEMERITY .Kata kata hikmat dan diselangi dengan lukisan yang superb comel..


Kisah di mana seorang remaja yang tekun dan gigih menghadapi ujian di tanah London, keperitan hidup yang tak semua orang sanggup untuk menerima cabaran seperti ini,bagaimana beliau dikhianati oleh rakan sekumpulan.
Kembali berjalan semula selepas terjatuh. Permulaan di jalanan yang memberi pelbagai inspirasi untuk pen dan pensil kembali menggores di atas lembaran kertas sehingga menjadi idaman ramai. 
Berkongsi di instagram ,mempunyai beribu followers akan tetapi tetap merendah diri menyembunyikan identiti diri yang sebenar.

Pertama kali aku membaca kisah ini, air mata turut menitis. Cuba menghayati ketabahan yang cuba ditonjolkan kepada ibu bapa walhal dalam hati, gundah gulana tidak dapat ditafsirkan. 
Sebagai anak yang soleh, sentiasa mengukir senyuman di wajah tatkala ingin mendamaikan hati ibu bapa yang kian gusar. Walang untuk melepaskan putera mereka.
Kejayaan yang diberikan oleh Allah setimpal dengan kesabaran semasa menghadapi ujianNYA.
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri. 

Jujur diperkatakan, buku ini menaikkan semangat motivasi untuk aku terus belajar*final just around the coner. "JUST FINISH WHAT YOU HAD STARTED" memberi inspirasi untuk aku teruskan perjuangan walaupun kadangkala hati ni menyatakan bahawa aku telah tersalah pilih jalan, subjek susah dan sukar difahami.
Sebenarnya semua ni telah ditentukan olehNYA kerana Dia tahu aku mampu untuk melakukannya. Tak sanggup lagi aku untuk melihat kepayahan dan kesungguhan mak dan ayah berniaga siang malam di pasar malam untuk menyekolahkan kami lima beradik. Kini telah tiba masanya untuk aku bagun dan merancang masa depan ku dengan baik. Membalas semua jasa dan titik peluh mereka.

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya,mengelak kegagalan berlaku dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak melakukannya.Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai ALLAH kepada aku."- TEME ABDULLAH

"Hubungan antara Sang Mata dan Sang Tangan dalam menghasilkan karya teramat akrab dan romantis. Ia mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.
Tetapi ia tidak dapat menandingi hubungan akrab Sang Hamba dan Sang Pencipta. Tanpa hubungan ini, semuanya sia- sia."- TEME ABDULLAH





Sunday, 27 March 2016

NOTICE ME

Yuhuuu...dah berhabuk dah blog ni...*fuuhhhh..tiup habuk[^-^]
just sharing my currently favourite song......lalalalalala



I try to find the words when you walk by
But words just can't explain the way I feel, inside
My friends keep saying you're untouchable
And I can't help feeling invisible

I'd give anything to catch your eye
So you could see me in a different light
Tell me what's it gonna take, cuz I
Wish you would notice me
If you'd only give me just one chance
I could be the one, here I am
What's it gonna take to understand
I wish you would notice me
Notice, notice, notice me [2x]

You've got a light that never seems to fade
I'm drawn to you and I can't look away
We come from different places, girl I know
But two worlds colliding could be beautiful

I wonder if you know how amazing you are
You leave me breathless
You didn't even try but you stole my heart
And I don't want it back
~NOTICE ME BY DAVID ARCHULETA

Susah sebenarnya nak gambarkan perasaan ni, aku ditakdirkan jumpa dengan dia di 
dalam court..hurmm bagi aku dia ni seorang yang sangat baik, berkepimpinan, caring, bersungguh sungguh dan yang paling penting, dia ni comel tanpa dia sedari..
Tempat rasmi aku akan jumpa dengan dia di al Khawarizmi...selalu nya dia tak pernah berseorangan yela top student mana orang nak lepas sorang2

rabu lepas,serius aku duduk sebelah dia ja..hati ni nak sangat tegur..dari aku start duduk,sampai dia start makan, sampai lah aku terpaksa pergi meninggalkan dia*poyo ja haha..APA APA PUN KELAS LAGI PENTING..(dia pesan)

Tapi fikirkan balik:
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Dia pernah cakap kat aku, aku akan menyesal berkawan dengan dia kalau aku tahu kisah silam dia.Satu ja yang aku boleh cakap, "aku kenal kau,kau yang sekarang, kau yang dulu tu kisah silam kau" bila fikir2 balik macam skema ja ayat aku kat dia kan. tapi tu la hakikat. At least dia dah sedar dan dah berubah almost 100%,kembali ke SIRATUL MUSTAQIM(jalan yang lurus).

Aku ni, makin lama makin tersasar..kalau difikirkan balik,rasa bodoh,hina sangat2 diri aku sebab apa? aku rasa aku ni hipokrit, munafik..sangat2 lah tak sesuai dengan dia. 
Ha ni lagi satu masalah, terlalu fikirkan pandangan orang lain sampai terlupa pandangan MAHA PENCIPTA..
WAKE UP LA BABE..HE GAVE EVERYTHING TO YOU,STILL GIVE THE CHANCES FOR YOU TO REPENT, BE A SUPER DUPER GOOD MUSLIMAH,..LEAVE ALL THE SINS..

Banyak aku  belajar dari dia dalam tak sedar walaupun aku baru je kenal dia.

Baru baru ni,kawan aku ada sent gambar seorang hamba ALLAH ni, dulu boleh katakan dia ni sangatlah tak bertamadun, tapi sekarang, hidayah ALLAH ada di mana mana sahaja. ALHAMDULILLAH dia berubah,sampai aku hampir tak mengenali dia..

Tapi aku,,Ya ALLAH,kecewa aku dengan diri sendiri, Ujian yang ALLAH hantar buakan membuatkan aku lagi dekat denganNYA,tap malangnya tak pernah aku manfaatkan peluang ni dengan sebaiknya..Petunjuk ALLAH banyak..EGO DAN NAFSU yang tak tunduk pada akal fikiran ni membuatkan bertindak mengikut hati dan perasaan..

"NOTICE ME"
 WORDS THAT I KEPT REPEATING EVERYDAY. HOPING MY CRUSH NOTICE ME ONE DAY....how silly i am. hoping for something that uncertainty

ALLAH ALWAYS NOTICE ME,ALWAYS SENT SOMEONE TO MAKE SURE THAT I ALWAYS REMEMBER HIM WHEREVER,WHENEVER AND ANYWHERE I AM.BUT THE EGOISTIC,STUPIDITY,SUCH AN ARROGANT GIRL..IGNORE ALL THE SIGN..FORGIVE ME ALLAH FOR BEING SINNER ON YOUR EARTH,UNDER YOUR SKY, SURROUNDED BY YOUR SUPER PERFECT CREATURES..

semoga suatu hari nanti aku akan istiqamah meninggalkan perkara2 maksiat , perkara2 lagha dan meletakkan cinta ALLAH sebagai matlamat utama dalam hidup ku...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH..