Assalamualaikum...
Terdetik hati untuk menulis malam ni.. Bersyukur kepada ALLAH sebab pertemukan aku dengan hasil penulisan seorang hambaNya..
Pertama kali aku mengenali Teme Abdullah adalah melalui blog beliau TEMERITY .Kata kata hikmat dan diselangi dengan lukisan yang superb comel..
Kisah di mana seorang remaja yang tekun dan gigih menghadapi ujian di tanah London, keperitan hidup yang tak semua orang sanggup untuk menerima cabaran seperti ini,bagaimana beliau dikhianati oleh rakan sekumpulan.
Kembali berjalan semula selepas terjatuh. Permulaan di jalanan yang memberi pelbagai inspirasi untuk pen dan pensil kembali menggores di atas lembaran kertas sehingga menjadi idaman ramai.
Berkongsi di instagram ,mempunyai beribu followers akan tetapi tetap merendah diri menyembunyikan identiti diri yang sebenar.
Pertama kali aku membaca kisah ini, air mata turut menitis. Cuba menghayati ketabahan yang cuba ditonjolkan kepada ibu bapa walhal dalam hati, gundah gulana tidak dapat ditafsirkan.
Sebagai anak yang soleh, sentiasa mengukir senyuman di wajah tatkala ingin mendamaikan hati ibu bapa yang kian gusar. Walang untuk melepaskan putera mereka.
Kejayaan yang diberikan oleh Allah setimpal dengan kesabaran semasa menghadapi ujianNYA.
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri.
Jujur diperkatakan, buku ini menaikkan semangat motivasi untuk aku terus belajar*final just around the coner. "JUST FINISH WHAT YOU HAD STARTED" memberi inspirasi untuk aku teruskan perjuangan walaupun kadangkala hati ni menyatakan bahawa aku telah tersalah pilih jalan, subjek susah dan sukar difahami.
Sebenarnya semua ni telah ditentukan olehNYA kerana Dia tahu aku mampu untuk melakukannya. Tak sanggup lagi aku untuk melihat kepayahan dan kesungguhan mak dan ayah berniaga siang malam di pasar malam untuk menyekolahkan kami lima beradik. Kini telah tiba masanya untuk aku bagun dan merancang masa depan ku dengan baik. Membalas semua jasa dan titik peluh mereka.
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya,mengelak kegagalan berlaku dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak melakukannya.Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai ALLAH kepada aku."- TEME ABDULLAH
"Hubungan antara Sang Mata dan Sang Tangan dalam menghasilkan karya teramat akrab dan romantis. Ia mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.
Tetapi ia tidak dapat menandingi hubungan akrab Sang Hamba dan Sang Pencipta. Tanpa hubungan ini, semuanya sia- sia."- TEME ABDULLAH
No comments:
Post a Comment