KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Friday, 8 February 2019

Gemuk

I do mengadu dekat mak yang kawan2 aku semua cantik2 belaka. Takde sorang pun daripada dorang yang lelaki tak pandang.

Rasa diri loner gila especially bila aku kena tinggal sorang2. Masing2 ada live yang best2 belaka. Aku ni. Lingkup lah sorang.

Haa sebab tu aku lagi suka spend time dekat office. Terperuk je kat office sampai 9-10 malam baru sampai rumah, terus tidur.

Aku bukan introvert, I'm super extrovert so bila aku sorang2 ni kan, dia jadi macam lain sikit. Ya ya aku tahu dorang bukan ada aku je yang nak di layan, banyak lagi yang dorang nak kena hadap.

Okay, back to my confession, aku sampai nangis kat mak, kenapa aku gemuk. Dah lah gemuk, tak cantik pulak tu. Ye aku agak triggered bila orang lawa cakap dorang buruk. Orang kurus lidi cakap dorang gemuk. Memang la tu bergantung dengan benchmark masing. Sebab tu la aku guna "agak".

Mak cakap, ada je orang gemuk yang laki boleh terima seadanya.
Mak bagi contoh xxx
MASALAHNYA, LAKI DIA DAH KAWEN 2,BINI. KEDUA LAWA SIOT.

Abang2 pulak sibuk tanya bila nak kurus. Memang aku balik rumah sebab nak kena kutuk pun.
Sorry la kalau malu dapat adik macam aku. Gemuk.

Penatlah jadi gemuk ni. Nak buat aktiviti lasak sikit semput  Nasib baik naik tangga boleh steady lagi. Ayam betul.

Penat tahu tak bawak lemak merata. Makin hari makin tebal. Apa je yang aku tak buat. Diet. Skip lunch/dinner  Jalan. 10,000 langkah sehari. Semua dah. Tapi gemuk jugak.

Aku pernah malu dengan diri sendiri sebab orang sekeliling aku selalu cerita pasal pasangan masing.

Dah la pernah ada hati kat teme, lol. Teme tu enggang, aku ni pipit bulat. Nak terbang sekali pun tak mampu sebab berat perut. Shit.

Dulu aku pernah sakit. Sakit sangat2. Demam teruk tapi tak de sorang pun yang perasan. Budak bilik cuma suruh aku bangun solat je. Lepas tu mengadu kat aku lapar. End up aku yang masak padahal time tu aku tak larat sangat. Fuck.

Aku selalu terfikir, one day kalau ditakdirkan aku mati, takkan ada sorang pun yang perasan. Mungkin aku emo sikit. But shit, aku benci perasaan ni.

SEMUANYA SEBAB AKU GEMUK. HODOH. KALAU PANDAI SEKALIPUN, AKU TAKKAN DIPANDANG. SEBAB AKU GEMUK.

No comments:

Post a Comment