KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Saturday, 13 May 2017

Luahan #Bangkit

Kerana dek terlalu mengejar untuk mendapatkan perhatian seorang anon, aku terleka dan alpa terhadap insan insan yang lebih layak diberikan perhatian.

Lebih banyak masa ku dihabiskan dengan 'stalk" dia dia Twitter, Instagram, Facebook, Blog, YouTube malah di soal juga kepada PakCik Google. Aku telah dapat banyak informasi tentang dirinya, walaupun tak terlalu banyak tapi cukup membuatkan aku puas.

Boleh la aku menggelarkan diri sendiri "Anak tak guna"...
Berapa kerap sangat aku call mak ?
Call ayah?
Jarang sekali..
Bila mak call"lama tak dengar khabar, sihat? "
Jawapan cliché aku"busy la mak, kelas pagi sampai malam"

Ya tak dinafikan semester ni sangat sibuk .Tapi aku dapat merasakan yang aku makin lupa diri, makin jauh dari keluarga..Adik beradik sibuk buat persiapan, aku?? Kononnya sibuk belajar, konon banyak latihan nak disiapkan..Sudah la jarang2 balik kampung.

Pernah diungkapkan kepada ku, "berkawanlah dengan orang yang membawa ke jalan agama"
Ya tidak dinafikan Anon tu sangat membantu aku ke jalan kebenaran dengan post2 dia, twit2 dia..tapi salah aku terlalu mengharapkan balasan dari dia
Lalu aku telah terpesong. Phone di tangan tidak ku lepaskan demi menanti balasan mesej dari dia..

Phone dia tangan 24/7 tidak pula terlintas di benak untuk mendail no.telefon mak,ayah..

Mungkin telah tiba masanya aku give up. Give up mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dan mungkin tak akan berlaku, tak akan menjadi kenyataan. Hanyalah angan angan kosong.

Perlu kuatkan hati untuk terus melangkah kerana aku tak dihidupkan untuk terus menjadi penunggu.
Kini aku harus bangkit. Bangkit dari angan-angan kosong. Bangkit dan terus melangkah demi mencapai cita-cita. Bangkit untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa dan jugak berikan yang terbaik untuk adik beradik.

Exam bakal menjengah. Aku akan menduduki paper F8 dan P3. Harapan agar dapat lulus dan meneruskan langkah ke paper seterusnya.

Semoga aku dan kawan2 yang lain lulus dengan cemerlang exam semester ni.

No comments:

Post a Comment