KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Thursday, 2 November 2017

Kawan Baru, Alam Baru, Dunia Baru.

Assalamualaikum...
Hai, rajin pulak meng'update' blog lately. Saja nak kongsi something awesome happened in my life.

First of all, thank you my friend for invited me to join her 'family'. And also thank you guys for accepting me.

Beberapa pertemuan membuatkan ku jatuh hati dengan ikatan kasih sayang,
Jatuh hati dengan keakraban,
Membuatkan ku tersenyum tanpa batasan,
Mengetuk pintu hati menyatakan bahawa masih belum terlambat untuk aku kembali ke pangkal jalan,
Senda gurau tawa, membuatkan tempoh seminggu begitu lama untuk berkunjung tiba,
Pertemuan bersama insan berlainan latar belakang, membuka minda bahawa dunia ini tiada sempadan
Begitu juga dengan ilmu alQuran yang sangat luas jika dikaji dengan teliti.
Alhdulillah, senyuman di bibir semakin ikhlas.
Sinar di mata tampak sirnanya. Hati yang mendung kini disirami  cahaya kerinduan kepada Maha Pencipta,
Tatkala kisah Kekasih Allah menyapa, pintu hati seakan-akan diketuk.
Terasa ketenangan menjalar mengisi kekosongan.
Dan membuatkan ku bersyukur ke atas segala nikmat yang telah diberikan.
Sudah tiba masanya aku berjihrah tanpa menunggu detik 12 tengah malam tahun baru, kononnya di situ bermulanya azam baru.
Tepuk dada, tanya iman, adakah iman sudah kenyang ataupun masih kehausan dan ketandusan.

Semoga aku terus beristiqamah di jalanMu ya Allah.
-insan yang penuh kealpaan-

Be Yourself and Be Happy. ALWAYS.

No comments:

Post a Comment