KaiZen

"Seandainya tersasar,pulang lah kembali ke jalan yang lurus.Ketenangan hati dan jiwa kian diperoleh andai kita mengenali siapa kita dan siapa PENCIPTA "

Saturday, 16 December 2017

Bleeding

5 tahun berlalu, kini aku kembali mengambil risiko untuk membuka hati ini kepada seorang insan bernama lelaki. Dan aku telah membenarkan hati ini dilukai kembali. Pertemuan di alam maya, dengan bait-bait manis dilontrakan membuatkan aku hanyut dibuai angin percintaan. Sungguh, risiko yang diambil tidak membuahkan hasil.

Hati ini dilukai, perasaan ini dipermaikan. Ya.. Ini semua salah aku. Salah aku kerana membuka hati untuk dia
Salah aku kerana cepat memberi peluang kepada dia
Salah aku kerana meletakkan harapan yang tinggi menggunung
Salah aku kerana menduakan TEME (eh)

Tapi....
INI BUKAN SALAH KELUARGA AKU
Bukan salah mereka kehidupan kami sederhana
Bukan salah mereka kami tinggal di sebuah perkampungan
Bukan salah mereka apabila kami terpaksa berkongsi bilik
Bukan salah mereka kami tidak mampu tinggal dia rumah mewah.

INI JUGA BUKAN SALAH KAWAN KAWAN AKU
Bukan salah mereka bila aku banyak menghabiskan masa bersama mereka
Bukan salah mereka bila aku lebihkan mereka dalam banyak hal
Bukan salah mereka bila aku mengutamakan mereka dari dia

Keluarga aku sentiasa ada di kala aku jatuh.
Sentiasa bersama ku dikala aku susah dan senang.
Kawan kawan aku ada untuk aku di kala air mata ini menitis.
Di kala aku perlukan tempat mengadu, mereka ada bersama ku.

Wajarkah aku melebihkan dia yang baru sebulan dua tempoh perkenalan?
Wajarkah aku kurangkan masa bersama keluarga semata mata untuk memenuhi kehendak dia?

Dia tidak dapat menerima keadaan keluargaku. Keadaan rumah ku yg usang. Bagaimana aku bisa membawa dia masuk ke dalam keluarga ku sedangkan di hatinya, begitu berat untuk menerima.
Tidak sesekali aku membelakangkan keluarga ku hanya untuk seorang insan bernama LELAKI. 
Tidak sesekali aku membuang kawan kawan ku hanya untuk seorang insan bernama LELAKI.

Aku telah berjanji dengan diri aku. Aku akan mengubah nasib keluarga aku. Di saat keluarga aku punya segalanya, aku haramkan kau menjengah muka dihadapan ku.

My family and my friends are everything.
Selagi belum akad dilafazkan, you are nothing.

No comments:

Post a Comment